WIRA YANG TAK DIDENDANGKAN..
Tajuk macam merajuk je, kan? Sebenarnya bukan merajuk tapi 1990 adalah zaman Glorious untuk batch SDAR90 sehingga mungkin ada yang terlupa kisah ini. Aku ceritakan ini mengikut nostalgia aku dan cebisan ingatan yang berlaku pada tahun tu. Kalau terlupa maybe ada yang boleh buat part 2.
20 Ogos 2021 Jessnor Hafiz
BOLA BALING, satu permainan sukan yang jarang sekali dimainkan oleh pelajar SDAR malah ada yang tak pernah main pun seumur hidup. Pada tahun 1990 seingat aku adalah pertama kali SDAR menyertai pertandingan Bola Baling peringkat MSSD. Kalau ada tahun-tahun sebelum pasti aku dah masuk team lama dah sebab aku pernah main ketika sekolah rendah.
Perlawanan Bola Baling ini diadakan selepas semua sukan-sukan utama seperti Ragbi, Bola dan lain habis. Jadi nak cari pemain senang sikit.
Aku ingat lagi menerima perlawaan dari Azman Kamaruddin, tanya siapa nak main bola baling wakil sekolah sila isi nama kat kertas. Camtu je pun pemilihan yang penting pernah main. Hahaha.
Jadi selepas tulis nama tu aku pun ajak rakan seperjuangan Ekhmerizal Bazura untuk join sama. Tak tahulah masa tu kenapa dia nak join kena tanya dia lah.
Selepas dah tulis nama maka pada satu petang kami pun dikumpulkan dengan masa tu Cikgu Bagong (lupa nama sebenar) sebagai coach. Jadi pasukan kami terdiri dari pemain-pemain bola keranjang F5 dan F4 serta mereka yang tulis nama nak main Bola Baling. Punyalah team macam buat last minit je..
Semasa latihan ada je yang tak pernah main dan tak faham bagaimana nak main, harapkan coach hmm dia pun tak mahir tapi at least basic law permainan tu tahulah. Jadi sejak hari tu kami pun berlatih saban petang. Team ni bertuah sebab bola baling ni ada persamaan sikit dgn bola keranjang jadi boleh catch up permainan ni dgn cepat.
Kami berlatih saban petang tajamkan kemahiran. Aku jadi goalkeeper kedua di belakang penjaga gol utama Arbain Ahmad.
Memang masa ni taktik nak main pun tak reti tapi belasah je lah sebab hari pertandingan pun tak lama lagi sebulan je. Pada masa ni ramai juga yang tolong bantu, aku ingat lagi dipanggil ke Dewan Kuliah Tun Rahah untuk melihat videolatihan Bola Baling dan perlawanan di Eropah, kira macam Bola Baling For Dummies.
Kat situ team bincang untuk set up latihan ikut video dan taktik permainan ikut video. Hentam jelah janji bertanding.
Perlawanan bola baling adalah secara karnival dipanggil Pesta Bola Baling dan perlawanan untuk peringkat MSSD atau daerah dibuat di SDAR. Jadi setelah sebulan berlatih secukupnya tibalah masa untuk bertanding. Dari pasukan yang baru ditubuhkan dan baru belajar main lawan sekolah-sekolah harian yang memang dah bertahun wakil sekolah. Ada harapan ke kami nak menang?. Apa pun yang penting lawan dulu.
Mungkin disebabkan tanah bertuah Lembah Sikamat dan sokongan padu dari Cheerleader sekolah, kami berjaya memenangi pertandingan peringkat daerah! What a miracle!
Memang kami tak jangka sebab praktis baru dalam sebulan lebih je. Terima kasih kepada semua ahli team. Kita memang hebat!.
Dalam pertandingan tu kami menang semua perlawanan tanpa kalah. Tepuk tangan sikit.. proud gila.
Aku dapat main dalam 1 perlawanan bolos sekali je. Defend kuat kot.
Jadi selepas menang MSSD kami berpeluang pulak untuk mewakili daerah untuk perlawanan antara daerah yang akan diadakan di Sekolah Menengah Seri Ampangan. Masa untuk latihan sangat suntuk tapi macam mana pun kami tetap teruskan latihan kami sendiri. Coach atas nama je, memang kami sendiri yang pelan semua taktik dan corak latihan. Budak SDAR kan selalu survival mode je.
Jadi tiba pada hari pertandingan juga dibuat secara karnival 2 hari pada tarikh 1 dan 2 bulan September 1990. Kami datang dihantar oleh coaster sekolah dan pada peringkat daerah ni terserlah siapa yang conquer permainan bola baling ni kerana banyak wakil daerah ini adalah dari sekolah CIna. Memang hebat-hebat kami tengok sebab masa praktis tengok baling pun laju-laju je ke arah gol.
Pantang budak SDAR berundur jadi kami buat hal kami sendiri dan mulakan warming up.
Masa ni zaman New Kids On Block so kami warm up sebelum perlawanan pasang lagu ni “Hanging Tough”. Jadi bila kami warm up tu bersemangat la sikit campur menggerunkan lawan … agaknya lah. Yang pasti banyak sekolah pandang kami masa warming up.
Masuk padang untuk perlawanan pertama, elemen-elemen menggerunkan lawan mesti ada. Apa yang kami buat masa team berkumpul atau team hug adalah dengan melompat setinggi boleh sambil berteriak (apa aku tak ingat dah) tapi memang efektif, team kami nampak kuat.
Mungkin sebab taktik menggerunkan lawan ni kami berjaya menang semua perlawanan peringkat kumpulan dan masuk semi final yang akan diadakan esoknya.
Alhamdulillah esoknya sebelah pagi kami menang perlawanan semi final dan menunggu untuk perlawanan final pada petangnya, lawan Daerah Port Dickson iaitu juara bertahan.
Berita kemenangan kami sampai ke sekolah, jadi pasukan Cheer sekolah pun diarahkan untuk turun ke Ampangan untuk sokong kami di final. Best juga ramai kawan-kawan batch 90 datang untuk cheer kami sambil mengetuai pasukan cheer .
Perlawanan akhir yang ditunggu-tunggu pun berlangsung …perlawanan sangat hebat, kami sentiasa berbalas serangan sehinggalah hampir wisel penamat. Azman dapat peluang untuk jaringkan gol terakhir dan kemenangan pasukan kami.. Semua orang berteriak gembira lepas wisel ditamatkan. Yea pasukan yang baru sahaja ditubuhkan berjaya menang peringkat NEGERI juara MSSNS…Hebatnya rasa.
Tahniah kepada semua pemain!! We deserve it after such hard work..!
TETAPI punyalah confidentnya Sekolah Daerah Port Dickson tu nak menang Piala Pusingan untuk kejohanan BOLA BALING MSSNS tu dia tak bawa datang! Frust tak dapat julang piala..!! WTH… Coach kata mereka akan hantar ke sekolah dan sekolah akan buat program masa assembly. Jadi kami pun tak kisah lah.. tetapi piala pusingan tu kami tak pernah nampak dan pihak sekolah pun takde buat program pun. Mungkin sebab dah bulan 9…SPM is just around the corner.
Jadilah kami WIRA YANG TAK DIDENDANG, hanya gambar dan plak sahaja jadi bukti kemenangan kami..
Hero-hero Bola Baling SDAR90 :
Azman Kamarudin, Yazdi Che Ya, Ekhmerizal Bazura,
Jamsari Baktiar, Basri Abu Bakar, Jessnor Hafiz Mat Jizat,
Arbain Ahmad, Hazri Tohar, Megat Khairul Waris

